6 CARA MUDAH DIAGNOS DEHIDRASI PADA BAYI /KANAK KANAK DIRUMAH

6 CARA MUDAH DIAGNOS DEHIDRASI PADA BAYI /KANAK KANAK DIRUMAH.

Dehidrasi atau nama lain Kehilangan sumber air dalam badan, kurang dari paras normal yng akan menyebabkan gangguan pada keseimbangan garam galian dan akan menggangu sistem badan manusia , Lebih bahaya lagi kepada kanak kanak .

Banyak punca , untuk kanak kanak
Antaranya;
1- Diarhoea – Cirit birit
2- Vomiting – Muntah berlebihan
3- Jangkitan sistem pencernaan
4-Keracunan makanan
5- malnutrisi – Kekurangan pemberian air

Ada beberapa Cara mudah bagaimana untuk tahu anak anda mempunyai air yang cukup atau tidak .

1 – Pegang Ubun Ubun atas kepala , Tempat yang paling lembut . Kalau dia tegang makanya cukup air , Kalau dia mencengkung , Melengkung ke dalam . Mmg sah anak ada kekurangan air . Perlu beri susu/ Minuman secepat mungkin .


2- Kecut di bahagian mata dan pipi
3- Menangis tak keluar air mata
4- Kering mulut dan lidah
5- Kurang responsif / Kurang aktif
6- Kulit yang kering , Tiada elastisiti.

Jika anak anda ada tanda tanda di atas , Bermakna dia sedang mengalami dehidrasi .

TAHAP DEHIDRASI

Calculate Deficit

1-Mild Dehydration: 3-5% deficit (50 ml/kg deficit, 30 ml/kg if >10 kg)

2-Moderate Dehydration: 6-10% deficit (100 ml/kg deficit, 60 ml/kg if >10 kg)

3-Severe Dehydration: >10% deficit (120 ml/kg deficit)

Jangan panik

1 JIKA ANAK ANDA MASIH AKTIF ,
Korang boleh beri air secukup nya , Periksa tanda tanda selepas beri minum. Jika tiada perubahan , Malah anak anda menjadi lebih lemah . Sila bawa ke hospital .

2 JIKA ANAK ANDA TIDAK AKTIF
Tak ada kompromi lagi , Bawa ke hospital secepat mungkin, Agak doktor boleh mengganti kehilangan air secepat mungkin melalui IV drip , Dengan kiraan dos air yang selamat . Selain itu , Doktor akan merawat punca dehidrasi.

Dehidrasi pada kanak kanak dan bayi amat merbahaya , perlu dipandang serius , kerana nyawa boleh terbang sekelip mata .

DR Yazeed Hair Johari

Medissa Healtcare Group

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.