
Pertama sekali … Aku cuma nak kongsikan sedikit sebanyak cara aku menulis .
Apa yang aku share ni , Bukan lah datang dari buku teks atau mana mana sumber
Tips ini , Adalah tips yang aku kongsikan berdasarkan cara penulisan aku sendiri .
Ianya mungkin tak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pembelajaran formalm, Tapi cukup lah untuk memberi sedikit info kepada sesiapa yang minat atau mahu mencuba dalam bidang penulisan .
Tak mudah ! Tapi boleh dilakukan !
Nothing is impossibble !
Ok , Jom kita mulakan …
Tak kisah lah kita nak masukkan apa pun jenis emosi . Dan tak kiralah apa jenis cerita sekali pun , Apa yang penting .
5 TiPS Ni Wajib Ada .
1- PILIH GENRE CERITA & TAJUK
contoh .
Cerita Hantu ..
Cerita Cinta
Cerita Inspirasi
Cerita Thriller dan lain lain .
Ikut kesesuaian anda
Tajuk- Ringkas Dan Padat
Tajuk mesti singkat , Supaya mudah pembaca nak agak , Kemana hala tuju cerita .
Jangan pulak kau tulis karang dekat tajuk
“ Pengalaman Malam yang menyeramkan“
What the fish ?
Contoh ringkas
Contoh – Hasan , Dejei , Labor Room
“ PULANG MALAM “ / “ SHIFT MALAM”
2- PILIH MOOD
Hat ni paling penting ! Kena pilih Mood Yang sesuai .
Kau nak buat Cerita Hantu, Tapi kau masukkan Mood Sedih …
What the fish ?
Ok benda ni walaupun nampak simple, Tapi sangat penting . Mood memainkan peranan utama.
So Kalau nak tulis cerita Hantu.
Sudah pasti
MOOD : SERAM .
3 – Watak , Lokasi & Suasana
Ok bab ni , Hampa kena kreatif . Bebas untuk cipta watak , Lokasi dan suasana .
Tapi perlu diingat ..
Cipta Watak
yang mudah orang kenal . Cerita serba sedikit tentang watak tu.
Simple tapi padat .
Lokasi
ni sangat penting . Kau kena ceritakan , Macam mana rupa lokasi tu ,
Jenis : Bangunan / Masjid / Kubur / Mesin Atm
Rupa – Baru , Lama , Usang ,
Struktur sekeliling – Lorong , Jalan , dll
Suasana
Masa – Pagi , petang , Siang Malam
Waktu : 10 pagi 10 malam 12 malam
Cuaca – Mendung , Kabus , Cerah , Suram
Keadaan – Sunyi , Bising , Bunyian cengkerik , Alunan ombak dll
4 – JALAN CERITA
Rangka –
Rangkakan dulu jalan cerita dalam konteks yang simple .
Pilih Subjek ( Jalan Cerita )
Objek ( hantu , Penyamun , Awek , binatang )
Penyudah – Takut , Gembira , sedih , Gila
5 – Aksesori
ini adalah tambahan , Penyedap cerita .
Aksesori ini boleh ditambah dimana mana bahagian .
Kosa kata yang unik – Terketar2 , Terkumat kamit , Terpaut , Pegun dan lain lain .
Dialog – “ Ish …. apa benda tu ? “ … “ siapa tu ? “ bisik hati
untuk timbulkan perasaa Panik atau Saspen
Contoh
Genre – Cerita Hantu
Mood – Seram / Panik / Suspen
Watak – Diri sendiri
Jalan Cerita – ( Aku balik dari kerja malam , Semasa perjalanan pulang , Aku nampak kelibat dicelahan pokok , Aku takut .. Aku pengsan .)
Objek – Hantu rambut panjang
Aksesori – Boleh ditambah di mana mana bahagian . ( hembusan angin di leher , Bisikan di telinga )
Ok Aku akan tunjuk perbezaan antara dua cerita .
Cerita Biasa Vs Cerita Beremosi
Cerita Biasa
Aku merupakan juruxray yang bekerja dihosptial , Malam tu aku pulang lewat . Aku berjalan kaki pulang memandangkan rumah aku tidak jauh dari tempat kerja . Aku nampak kelibat dicelahan pokok tapi aku tidak pasti . Aku teruskan berjalan . Akhirnya Aku nampak pontianak . Aku takut dan terus pengsan .
Cerita Bermosi
Klik Link Ini
https://dryazeedhairi.com/2019/10/02/pulang-malam/
————————————
Jadi , nampak tak beza antara dua cerita ni…?
Cerita biasa , Jalan ceritanya padat dan lebih cepat untuk dihabiskan …Tapi emosinya tiada .
Kerana pembaca tidak dapat membayangkan lansung , tentang keadaan , suasana dan perasaan dengan teperinci .
Bahkan emosi pun tak dapat dirasai
Berbeza dengan Cerita yang disuntik dengan emosi .
Tapi . Bezanya pula , jalan cerita yang seringkas itu , Tapi hasil penulisannya sangat panjang .
Jumlah perkataan , dan pengunaan perkataan pun berbeza
Sebab tu, Untuk menulis sesuatu cerita , Bukannya senang . Kau harus mempunya imaginasi yang kuat untuk masuk dalam cerita itu .
Tak cukup dengan imaginasi .
Malah susunan jalan cerita sangat memberi impak yang besar .
Tambahan pula dengan dialog yang memberi sifat panik , Suspen dan cemas .
Siapa yang berminat , boleh cuba menulis .
Baru lah kau faham , Betapa rumit dan kompleks nya proses penulisan ini ..
Aku penat tulis panjang panjang …
“ Doc , Kenapa pendek sangat cerita malam ni ?”
Sanisaidap betul !
#dejei