5 Asas kejayaan dari Founder Adabi
Hari ni , Rasa sangat berbesar hati dapat Kunjungan Dari Mentor saya , Dato Syed Manshor ke HQ Medissa Clinic untuk follow up perkembangan bisnes aku .
Korang kenal tak jenama Adabi Dan Power Cat ? Of course mesti ramai yang kenal
Tapi tak ramai yang kenal siapa Founder di sebalik Jenama Adabi yang terbukti salah satu nama Yang “ Gah “ Dalam Malaysia
Aku membesar dengan produk dan iklan Adabi . Mak aku pun selalu beli segala perencah dari adabi .Sampai lagu adabi pun masih terletak di kepala .
Produk adabi bukan saja berkualiti malah sedap sehingga menjilat jari …
Bermula dengan menjadi seorang cikgu , Jual buku peperiksaan jenama Adabi , Kemudian kedai printing dan seterusnya dengan cita cita yang tinggi , Dato Syed mahukan sesuatu yang lebih besar dan. lebih dekat dengan orang ramai iaitu Syarikat Pengeluar Rempah Adabi yang kita kenal sekarang
Dulu aku pernah jumpa Dato few years back , Masa tu baru ada 3-4 cawangan .
Dato pun tak sangka kini klinik aku dah mencecah hampir 17 cawangan .
Tapi Jasa dato lah yang banyak kasi nasihat , Macam mana nak berjaya dan kembangkan bisnes .
5 Perkara Penting yang Dato Syed Manshor selaku Penaung Jenama Adabi Nasihat kan pada aku .
Jadi aku share pada korang semua .
Ianya boleh dijadikan ukuran untuk sukses dalam hidup mahupun perniagaan .
1- Strategic Thinking
Iaitu berfikir secara strategik .
Kalau atas meja ada Secawan Kopi . Kita hanya akan nampak ianya hanya Secawan Kopi
Tapi .. Kalau orang yang ada Strategic Thinking ..
Apa yang orang tu nampak ,
Bagaimana kopi ini dibuat ?
Macam Mana nak Jual kopi ni Dalam skala yang lebih besar?
Apa lagi yang boleh dibuat dengan kopi ?
Bagaimana nak buat mesen kopi yang boleh hasilkan air kopi yang sedap ?
So Cuba latih diri kita , Untuk melihat sesuatu dari sudut yang lain . Kerana Satu objek boleh di pelbagaikan dalam macam macam cara untuk memberi kebaikan .
2 – Jangan Terlampau Selesa
Yes , Aku berborak dengan Dato tentang isu kenapa bangsa melayu kita masih belum boleh lagi menguasai ekonomi negara ?
Jawapannya simple ..
Orang melayu kita sudah terbiasa dengan kemudahan sejak dulu lagi . Sudah biasa kais pagi makan pagi . Cuaca tropika , Tak ada musim sejuk yang boleh membunuh .
Apa tah lagi malaysia tak ada gempar bumi dan sebagainya . Hidup aman sentiasa.
Masalah tiba bila Penjajah datang , Dan kita tidak bersedia . Kita masih lagi kuno dengan teknologi
Selepas merdeka kita dah biasa dengan biasiswa , Subsidi macam2 , Fama pun banyak beri subsidi dan bantuan seperti anak benih dan baja , Tapi sayangnya Baja itu dijual kepada orang lain
kita ada tanah , Tapi kenapa kira tak jadi tokey Sayur sayuran dan buah buahan ?
3- Jangan Ambil Hak Orang
Dalam hidup , Mahupun dalam perniagaan . Bila kita ambik hak orang , Sudah pasti ianya akan ditarik semula .
Kena jaga baik2 .. Doa orang yang teraniaya amat dimakbulkan
Jaga hak pekerja , Sentiasa hargai mereka . Beri lebih peluang untuk mereka grow bersama kita
4- Sanggup Berkorban dan Bankrup
Bila kita nak buat sesuatu , Kita kena ready mental fizikal yang kita bakal Gagal .
Tak kisah lah dalam pelajaran , Perniagaan , Masakan , Dan macam macam lagi
Kena bersedia untuk terima kegagalan , Kemudian disusuli dengan pengorbanan
Dulu Dato Syed manshor , sanggup Cagarkan rumah dia untuk kembangkan dan baik pulih lagi perniagaan .
Jangan lah berkorban tanpa perancangan
Pastikan kita rancang dengan teliti setiap kali kita berkorban
Baru Lah berbaloi pengorbanan itu
5- Terima Komen orang lain
Aku sangat bersetuju dengan Dato .
Kita kena terima teguran atau komplen orang lain
Hanya orang lain yang boleh nampak kelemahan kita . Ambil dari sudut positif
Untuk aku , Komplen customer amat penting . Kau sendiri boleh beza kan samada komplen yang niatnya sengaja nak menjatuhkan atau komplen yang lebih kepada kebaikan
Apa apa pun , Sentiasa selesaikan masalah dengan cara yang baik . Insyallah komplen yang buruk akan jadi lebih baik
Feedback orang adalah faktor utama yang penting , Jangan abaikan !
Dato sendiri yang turun padang bersama team , untuk selesaikan masalah komplen customer beliau . Bayangkan betapa petingnya Customer feedback atah teguran dari orang lain
So far , Ini adalah 5 asas utama untuk kita berjaya melakukan sesuatu . Tak kiralah perniagaan , Pelajaran dan macam macam lagi .
Banyak lagi yang di kongsi dan ajarkan kepada aku .
Planning untuk susur atur syarikat . Pengurusan kewangan .
Apa yang boleh tambat hati customer
Kalau nak tulis semua memang tak tertulis lah ceritanya
Dato Syed ni Sangat Humble orangnya ..
Jarang jumpe orang yang berjaya yang rendah diri macam beliau
Dato Syed Manshor merupakan salah seorang idola aku dalam perniagaan anak bumi putera .
Kalau borak dengan dia , Kadang kita boleh lambat pickup , Sebab cara dia berpikir jauh depan sangat . Penat nak kejar 😂
Anyway seronok aku dapat berbual panjang dan aku sangat excited untuk sampaikan 5 Tips yang dato Pesan
Kita kena bangkit semula , Kuasai ekonomi negara kita yang tercinta
Thanks again kepada Dato Syed Manshor . Yang selama ini banyak guide aku dengan pengalaman beliau
Tak sangka bila dah besar , Dapat berjumpa dan kenal sendiri lebih rapat dengan Founder Adabi . Antara perkara yang aku bangga berlaku dalam hidup aku..
Share dan tag kawan kawan
Harapnya kita dapat buka mata dan aku doakan semua akan lebih maju ke depan …