1- Menghebahkan Kebahagiaan
Maksudnya , Kalau kau laki bini bahagia , Tak perlu tunjuk sangat . Bukan apa , Dekat luar sana , Ada yang berduka . Ada yang tak kecapi kebahagiaan macam kau dan ada yang sampai sekarang mencari kebahagiaan .
Ianya memang nampak baik , Tapi ianya juga boleh mengundang Fitnah . Kalau kau hadiahkan bini kau kereta mewah , Hand bag mahal sekali pun , Simpan je lah dalam memori sendiri .
Kongsi untuk tatapan umum .. Adakah ianya memberi inspirasi ?
Walaupun ada segelintir yang ambil secara positif , Namun ada beberapa golongan yng sentiasa ambil negatif , Dan golongan ini lebih ramai .
Kalau kau nak kongsikan perniagaan , Kau kongsi lah cara buat perniagaan , Bukan beritahu umum berapa jutaan kau untung setiap bulan .
2- Kongsi Lokasi tempat tinggal atau pun Lokasi terkini
Ini lagi satu bahaya . Kalau kau selalu sangat update dekat mana kau berada , Ianya akan memberi peluang kepada penyangak diluar sana untuk mendekati kau dengan lebih mudah .
Nak nak pula , Kau selalu cerita semua benda , Pergi Mesen Atm cucuk Rm ribu ribu pun nak tunjuk , Beli gelang emas pun nak tunjuk , Beli segala apa pun tunjuk .
Penyangak luar sana lebih mudah buat kerja .
3 – Berkongsi masalah dalaman
Hello Tuan tuan dan pun puan , Kalau kau bergaduh sekali pun dalam rumah tangga , Atau dalam relationship dengan kawan atau saudara mara . Tak perlu lah nak membongak dalam sosial media .
Itu hanya luahan sementara sahaja . Mungkin kau rasa orang akan beri lebih perhatian dan perihatin . Tapi benda tu sebenarnya menjengkelkan .
Lepas tu kau cakap , “ Kalau tak suka sila unfriend !” Dan itu pun tak membantu. Kawan kawan kau pun tak nak unfriend kau sebab mereka tak nak putuskan silaturahim , Tapi dalam masa yang sama , Mereka rasa annoying dengan posting meroyan kau sorang sorang tu .
Nanti bila kau dah baik balik dengan pasangan , Tak ke malu ? Hari tu beriya kau maki dia , Tapi kali ni dah berbaik pula ..
Masalah dalam kelambu , Setel dalam kelambu lah ..
4 Kecam tanpa usul periksa
Ini adalah salah satu kesilapan aku dan aku yakin ramai pun telah terjebak dengan aktiviti kecam mengecam . Kegiatan ini adalah tidak sihat ,
Puas kau mengecam , Sekali rupanya fakta asal adalah palsu , Bila dah tau fakta sebenar , Sendiri malu .
Dan dalam masa yang sama akan beri impak negatif kepada tuan yang dikecam .
5 Jangan mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali
Seperti sebelum ni apa yang terjadi pada aku , Bila ada orang memalsukan akaun aku , Kemudian cuba Scam Followers yang lain . Sehinggakan Gambar sulit telah terlepas kepada syaitan yang bertopengkan manusia ini .
Kronologi Scammer Menyamar Doktor Payudara Berjaya Menjerat Mangsa
Jaga jaga , Zaman sekarang , Kaki scam lebih bijak . Silap silap , Harta benda kau pula boleh kena tipu .
Ini adalah beberapa pesanan yang aku dapat dari seorang cikgu yang aku segani .
Kau tu followers ramai , Kau pesan lah perkara ni pada orang ramai , Termasuk lah pesanan ni untuk diri kau sendiri .
Kalau dah sampai level sifu dan cikgu dah tegur , Aku akur , Bersalah , Dan menjadi pengarajaran untuk diri aku , Dan juga orang lain .
Aku harap pesanan ini dapat memberi manfaat kepada pengguna sosial media , Agar kita dapat menjadi contoh positif pada masa hadapan …