3 Soalan Magik untuk anda berjaya Dalam Temuduga .
Selalu bila kita pergi temuduga , Pihak yang menemuduga yang akan tanya kita banyak soalan . Tugas kita hanya menjawab sahaja.
Selalunya , Ramai calon yang suka menggoreng , Beri janji palsu . Lepas tu puji diri sendiri .
Jangan sesekali kau puji diri sendiri dalam temuduga , Angkat bakul sendiri merupakan sesuatu yang boleh merosakkan temuduga yang selama ini kau nantikan .
Puji diri sendiri bukan lah cara yang sesuai untuk kita tunjukkan keyakinan .
Keyakinan itu datangnya dari Cara kita menjawab dengan Jelas , Jujur dan terang . Itu lebih penting .
Ingat , Jangan kau cuba goreng sana sini , Angkat bakul sendiri .
“ Saya lah paling rajin dalam dunia, Sanggup kerja tanpa berehat sampai sawan “
No No No ! Dont temberang !
Tapi untuk tips kali ini .
Aku ajar kau cara yang TERBALIK!
Pelik Kan ?
Sabar , Jangan Pelik .
Ini nama dia “ Reverse Psychology “
Cara yang boleh membuatkan pihak penemuduga memandang sesuatu yang berharga dalam diri kita.
Bila dia dah tanya banyak soalan , Kau pun puas dah menjawab . Sudah tiba kali ini , Pihak penemuduga akan tanya kau soalan .
“ Ada apa apa nak tanya ?”
Ingat ! Soalan ni sebenarnya keramat .
Soalan ni sebenarnya adalah peluang yang kau patut nantikan .
Yes! Masa yang ditunggu tunggu untuk kau keluarkan taring kau sidah tiba.
Kau ajar dia balik ! Tapi kau jangan sebok tanya soalan merapu . Gaji lah , Bonus lah , Claim itu ini , Cuti lah . Itu semua tak penting buat masa ini . Yang penting kau perlukan pekerjaan itu dulu .
Kau kena tunjukkan Value kau dulu . Baru lah kau demand gaji .
Macam contoh , Penjual kereta akan ceritkan semua kecanggihan kereta itu dulu , kemudian dia akan cerita harga sebenar , dan selepas itu baru lah dia kasi harga promosi . Kau pasti teruja.
Jangan nampak yang kau ni semata nak kerja kerana Duit dan tanggungan bulanan .
Kau confirm Fail !
Tapi ! Kau ikut langkah ni .
Baru nampak stylo dah macho
Yang penting saka saka aku kena nampak bergaya masa temuduga .
3 soalan yang kau wajib tanya mereka .
1 – Jika saya terpilih , Encik mahu saya fokus dibahagian mana , Apa yang saya perlu cepat tangkap untuk bantu produktiviti syarikat ?
Soalan ini bermakna , Kau amat teruja untuk berkerja , Kau sedar walaupun kehadiran kau sebagai orang baru , Tapi kau dah mula tak sabar untuk bantu dalam peningkatan prduktiviti syarikat .
2 – Selain dari kebolehan yang saya sedia ada , Apakah lagi , kualiti yang encik harapkan dari saya ?
Soalan ini bermakna , Kau bukan sahaja dapat berkhidmat dari pengetahuan yang kau ada , Kau juga bersedia untuk belajar benda baru untuk memastikan kau dapat beri sesuatu kualiti yang lebih kepada syarikat .
3 – Apakah isu personal pekerja yang membimbangkan syarikat sebelum mengambil pekerja ?
Soalan ini bermakna , Kau ambil tahu perihal syarikat , Seperti cohtoh Mungkin syarikat lebih “ Prefer “ pekerja yang duduk berdekatan , Yang masih bujang , berperwatakan peramah , pekerja yang pandai bergaya , Pandai Berkomunikasi sebagai “ wakil “ syarikat dalam memperkenalkan jenamanya dan lain lain .Jadi dengan bertanyakan soalan ini , Pihak penemuduga akan merasakan anda sebenarnya seorang yang serius untuk mengenali syarikat dan bersedia untuk memberi apa yang syarikat mahukan .
Tips ini korang boleh praktikan . Pasti anda akan dilihat sebagai seorang yang berkarisma . Dah faham apakah hala tuju pekerjaan .
Bukan sekadar bekerja kerana terpaksa dan hanya semata gaji bulanan .
Inilah yang dinamakan “ Value “
Nilai seseorang itu bergantung kepada bagaimana dia berfikir dan karisma yang memang sedia ada dalam dirinya , Serta apa yang dia boleh kongsikan .
Setakat ini , Aku belum dapat lagi pekerja yang tanya soalan macam ni masa temuduga .
Kalau dia tanya aku macam ni,
Aku pulak yang akan rasa tak sabar nak bekerja dengan dia .
Tapi alhamdulilah semua pekerja yang aku ada , Mereka sangat rajin dan berkarisma , Tak pernah berkira .
, Aku sayang mereka semuanya .
Dah baca , Tapi tak nak share pulak . Hmmm
Sekian .
Selamat mencuba.
Dr Yazeed Hair Johari
Medissa Healthcare Group Sdn Bhd