3 PERKARA PENTING UNTUK SIAPA YANG ADA MASALAH RESDUNG “ SINUS” WAJIB TAHU

Sinus , Ini sebenarnya berasal dari Bahasa Latin yang membawa maksud

“ Rongga “ Cavity in any organ

Tapi kalau biasanya korang dengar kawan kawan korang cakap ..” Aku ada sinus “

Itu bermakna , Dorang nak refer pada

“ Sinusitis “ Yang membawa maksud .. Radang pada rongga . Rongga yang mana satu ? Terpulang … Dekat mana lendir ( Mucus ) hingusan tu terperangkap ..

Sinus ni kalau dekat muka , Ada beberapa bahagian utama ..

Maxillary Sinus

Frontal sinus

Ethmoidal Sinus

Kalau mucus tu terperangkap dekat Frontal sinus , Kau akan rasa Tekanan pada Dahi . Rasa macam ada benda dok tekan je dahi tu ..

Kalau mucus tu sumbat pada maxillary , Kau akan rasa tekanan pada sebelah hidung ..

Tekanan ni kau boleh rasa sebelah bahagian sahaja , Atau pun kedua dua belah bahagian .. Kalau semua tersumbat .. Maka .. kau akan mengalami

“ Facial Pain “ Seluruh muka rasa tak selesa…

Sinusitis ni sebenarnya adalah penyakit yang disebabkan kesan oleh Allergic Rhinitis , Orang melayu panggil ( Resdung)

Allergic rhinitis ini adalah Radang kepada rongga hidung bila kau terdedah kepda beberapa jenis Allergen ( Agen Allergik )

1 Debu , Habuk

2 Makanan / Seafood

3 Hujan / Salji / Cuaca

4 Debunga / Spora tumbuhan dan lain lain lagi

Senang cerita , Bila kau kena habuk je .. Terus bersin dan selsema ..

So maknanya kau ada masalah allergic Rhinitis ..

APA yang membuatkan Allerrgic rhinitis itu menyebabkan Terjadinya Sinusitis ?

Sebab utama , Bila kau cuba hembus selsema tu keluar dengan menutup kedua rongga hidung ..

dengan ini , Hembusan itu dapat menyebabkan tekanan yang tinggi dalam lubang hidung , Lalu menolak partikel mucus ni masuk ke rongga sinus ..

Bila mucus dah berjaya masuk rongga sinus .. Maka terjadilah sinusitis

3 Perkara Utama Kau wajib tahu untuk menghadapi sinusitis

1- Cara hembus selsema dengan betul supaya tak terjadi nya sinusitis

2- Basuh rongga sinus menggunakan campuran sodium larut

3- Jika demam , wajib jumpa doktor , Risiko jangkitan sinus adalah tinggi , korang perlukan bantuan antibiotik

1- Cara hembus sila rujuk pada Gambar

2- NASAL IRRIGATION

Rongga sinus perlu di bersihkan selalu .. Menggunakan beberapa alatan . Tujuan dia kita nak tembak air larutan sodium tadi ke dalam rongga sinus. Kerana medium kepekatan air garam tadi dapat menarik mucus itu keluar dari rongga sinus

Ada macam2 brand , Pergi je farmasi , Cakap je nak beli nasal irrigation kit

3- Sila dapatkan khidmat nasihat doktor untuk antibiotik yang sesuai

-Bila kau hembuskan mucus berwarna kuning , Dan berbau busuk

-Bila suhu badan mencecah 38 C

Untuk yang ada masalah sinus ..

Wajib tahu 3 perkara ni

Paling penting .. Kena tahu cara hembus selsema tu ..

Jika kita hembus selsema dengan betul , Kita dapat elakkan dari terjadinya Sinusitis

Siksa Tau siusitis ni

Muka rasa sakit ,

Kepala sakit

Mandi pun rasa tak segar

Makan minum tak selera

Nak tidur pun tak nyenyak

Harapnya post ini dapat membantu korang ..

Untuk Elakkan Sinusitis durjana

Sebab aku pun ada masalah yang sama

share dan tag kawan kawan yang jenis cepat selsema ni .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.