Mula2 Jarum Biru , Lepas Tu Jarum Oren . Tipu Rakyat ke ? Atau Fitnah ?

Baru je tadi aku dapat satu mesej whatsapp dari kawan .

Katanya dah mula tersebar dalam group whatsapp yang prosedur vaksin diambil Perdana Menteri kita Tu tipu

Awal2 nampak jarum biru , Masa nak suntik Jarum Oren .

Siap bagi amaran lagi !

Aku dah bantai gelak masa tu

Ya rabbi , Orang kita ni memang suka fitnah sebelum kumpul ilmu dulu ke ?

Biar aku terangkan satu persatu , Kenapa Mula2 jarum biru , Lepas tu jarum oren

Kebiasaannya , Prosedur vaksin memang memerlukan dua jenis Jarum .

Jarum lebih besar , Dan jarum kecil

Jadi dekat sini aku nampak ,

Ada dua jenis jarum .

Satu yang besar dan satu yang kecil

Warna Biru size 22-23g

Warna Oren Size 25-26G

Kenapa perlu dua jarum

Seperti kita tahu , Dalam botol vial vaksin adalah cecair pekat .

Jadi agak tak logik nak guna jarum kecil untuk sedut

Jadi memang menjadi kebiasaan kita sedut apa apa solution yang pekat seperti antibiotik dan vaksin ni menggunakan jarum biru .

Kerana corong nya lebih besar , Mudah disedut dengan sekali tarikan picagari

Jadi , Apa berlaku selepas jarum biru dicucuk masuk kedalam botol ?

Of course lah mata jarum tu akan mula tumpul .

Lepas tu , Kau bajet aku nak cucuk kau pakai jarum tumpul yang sama ?

Mesti lah sakit. Cuba kau rodok kulit dengan benda yang tumpul , Dah la susah tembus , Sakit berganda lagi ada

So sebab tu sister tadi tukar kepada jarum oren .


jarum oren bersaiz 19g lebih kecil .

Mata jarum pun masih baru dan tajam

Jadi senanglah nak cucuk ! dan permukaan jarum yang kecil , Kurang lah sakit

Sebab tu ada dua jenis jarum

Bukannya nak menipu rakyat terang terangan .

Dorang ni bab nak fitnah memang laju kan ?

Tak pasal2 tambah dosa lagi , Siap sebarkan mesej yang salah pulak tu

Orang lain pulak share

Maka bertambah lah dosa fitnah kau !

Jadi , Dekat sini aku nak ajar korang semua biar korang semua pandai .

Bila ada orang sebarkan fitnah macam ni

Kau sekolah kan dorang balik

Baru ada gaya !

Share share share ! Dan tag kawan kawan ,

Jangan mudah terpedaya dengan fitnah akhir zaman

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.