10 Ubat Ubatan yang wajib disimpan dirumah
Kali ni aku tulis sikit senarai ubat basik yang perlu ada dirumah .
Ubat ini boleh digunakan bila perlu , Untuk merawat simptom .. Tapi bukan penyakit
Diagnosis awal perlu dilakukan segera
Contohnya , Korang Demam , Lepas tu ceret beret . Korang ingat itu hanya ceret beret biasa dan demam urat
Tapi sebenarnya salah satu gabungan simptom Demam denggi … Bukan ceret beret biasa ..
Sebab tu .. Aku nak tegaskan sekali lagi .. Ubat ubatan yang akan aku senaraikan boleh digunakan bila perlu atau dalam kecemasan . Sementara korang tunggu masa untuk berjumpa doktor .
10 Ubat asas yang wajib korang simpan di rumah .
1- Pain killer / Anti inflammatory
a) Paracetamol
T. Paracetamol 500mg Boleh dimbil 2 Biji 4 Kali sehari .
Sesuai digunakan Untuk Demam , sakit Otot . Dan lain lain kesakitan .
b) Diclofenac/ Voren /
Pain killer yang lebih kuat
Tablet boleh di ambil sebiji 1-2 biji , Sekali atau dua kali sehari mengikut keperluan.
c ) Arcoxia
Sebiji sehari . Sesuai untuk sakit lutut arthritis atau gouty arhtritis ( Sakit Gout )
Haris diingat , Arcoxia hanya sesuai untuk umur 55 tahun ke bawah .
Kalau lebih dari 55 tahun , Cukup dengan paracetamol sahaja
Kerana Arcoxia boleh menyebabkan
“ Cardiac Event “ atau erti kata lain lebih cenderung untuk menjejaskan fungsi jantung untuk golongan lebih dari umur 55 tahun
2- Selsema / Anti allergic
Tab Loratidine ( Tak mengantuk )
Sebiji 1 kali sehari
Tab Cetrizine / Piriton / Actifed ( mengantuk ) .
Sebiji 2-3 kali sehari
Untuk selsema , Alahan .
Kalau tiba2 tumbuh gegata kemerahan pada kulit . Boleh telan ubat antiallergic ni
3- Batuk
Syrup Benadryl
Satu sudu besar 2-3 kali sehari
Syrup Prospan ( Herbal)
Sesuai untuk adult dan kanak kanak
Adult satu sudu besar 2-3kali sehari
Walaupun herba , Kanak2 Perlu dapatkan kiraan dose dari doktor atau Pharmacist
4- Cirit
Tablet lomotil 1-2 biji – 3 kali sehari
Untuk kurangkan cirit birit
Tablet buscopan 1biji 3 kali sehari
Untuk Kurangkan “ Cramp “ Pada usus yang active
Tablet Charcoal 1 -2 biji 3 kali sehari
Berfungsi sebagai absorbent bahan toxic dalam perut
5 – Muntah
Tab Metaclopramide 1 biji 3 kali sehari
Sesuai untuk mual dan tahan muntah. Kalau berjalan jauh cepat mabuk , Atau pun ada jangkitan lain yang menyebabkan rasa mual . Korang boleb ambik ubat ni
6- Gastritis ( gastrik)
Group Proton pump inhibitor
Tab omesec( Omeprazole ) 1 biji sekali sehari
untuk serangan pedih ulu hati
Boleh digandingkn dengan gaviscon
1 sachet 3 kali sehari untuk melegakan radang perut yang kurang menyenangkan
7- Decongestant ( Hidung sumbat )
Oxynase spray 1-2 puff 3 kali sehari
melegakan hidung tersumbat / Sinusitis
Kalau nak faham tentang sinusitis , Klik link di bawah , Aku ada tulis
https://dryazeedhairi.com/3-perkara-penting-untuk-siapa-yang-ada-masalah-sinus-wajib-tahu/
8- Mucolytic ( Pecah Kahak )
Tab mucosolvan 1 tab 3 kali sehari
sesuai untuk pecah kahak yang tebal .
Post nasal drip dan sebagainya.
Dok kroh kreh dari tadi , Kahak takmau keluar .. Sesuai lah korang ambil ubat ni
9- Skin moisturizer
Aquos Cream 3 kali sehari
Sesuai untuk kulit kering / Eczema yang luka
10- Water for irrigation
Korang boleh beli dekat farmasi untuk cucian luka . Tak perlu gunakan iodin
Cuci luka bersih , Tampal gauze dan plaster sahaja .
Antibiotik dan steroid ( Prednisolone ) aku tak boleh share kerana antibiotik dan steroid adalah ubat terkawal dan perlu dapatkan rawatan dan saranan dari doktor dulu . Hanya doktor yang boleh berikan dose yang sepatutnya .
Tak boleh beli di farmasi melainkan ada surat doktor . Jangan main2 dengan antibiotik dan steroid
Berikut adalah , Senarai Antara ubat ubatan yang wajib disimpan dirumah . Pastikan setiap ubat yang disimpan ada pelekat dan sarung label tentang cara penggunaannya . Jangan main belasah je . Nanti takut overdose
Kalau tak pasti , Sila berjumpa ahli farmasi atau pun doktor yang terdekat .
Kalau tak ada transport . Korang boleh call je farmasi yang ada .
Apa apa pun , Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor . Ada sesetengah pesakit yang ada allergy pada senarai ubat diatas .
Jika berlaku nya alahan .. Gegata pada kulit , dan sebagainya . Sila cepat2 berjumpa doktor .
Kalau berlakunya sesak nafas , Tak payah cari ubat sana sini lagi . Terus ke jabatan kecemasan
Senarai ubat diatas adalah ubat ubatan yang mampu merawat simptom ringan yang general .
Diagnosis utama adalah penting . Dan harus dilakukan oleh doktor .
Semoga bermanfaat buat semua